Thursday 8 November 2012

Engkaulah Ratu Hatiku

Bismillahirrahmanirrahim,..Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, alhamdulillah syukur kpd Allah kerana mengurniakan sedikit masa lapang dan kesihatan tubuh badan untuk mencoret.


Macam mane dengan cuti anda semua?..dah rancang sebaiknya nak buat ape?..mungkin ramai yang akan bekerja, belajar memasak, menjahit, melancong dan sebagainya time cuti2 ni kan.. Bagi saya pulak, cuti ni akan dihabiskan di rumah saja sambil menjaga emak yang kurang sihat.. Ya Allah, sembuhkanlah penyakit ibuku..Kadang-kadang saya selalu terfikir biarlah saya je yangmennaggung segala kesakitan emak. tapi saya yakin, Allah adalah sebaik-baik perancang. lagipun ingat tak entry saya yang lepas iaitu;

"Sakit adalah kafarah kepada segala dosa-dosa."..mungkin Allah nak beri sesuatu yang lebih baik kepada mak.. dan saya harus yakin bahawa segala yang berlaku ada hikmahnya.

Cuma, satu je yang saya pinta iaitu panjangkalah umur emak dan abah sebab berilah saya peluang pula untuk membalas jasa mereka..Saya nak mereka lihat saya berjaya menjadi seorang GURU dan menjadi pendorong di sebalik setiap kejayaan saya...dan sebenarnya, macam-macam yang saya dah rancang jika saya dah bekerja kelak...(erm, lambatnye nak graduate ni)

- nak ajak mereka tinggal bersama
-nak membalas segala jasa mereka
-nak menjaga mereka
- dan sebagainya

Baiklah, kali ni saya nak share bersama mengenai  kisah orang tua kite yakni ibu/ mak/ umi/ mama dan abah/ayah/papa/abi dan yang seangkatan dengannya. Saya berasa sangat bersyukur kerana mak dan abah  masih hidup. Takziah diucapkan andai kata ada di antara rakan-rakan yang sedang membaca entry ini telah kehilangan salah seorang @ kedua-dua orang tua.

Bagi saya, ujian yang paling berat dalam hidup ini adalah KEMATIAN...nak nak pula kalau yang meninggal dunia itu adalah ahli keluarga atau seseorang yg sangat kite sayangi...Maka, sayangilah sementara mereka berdua masih hidup..Tugas kita sebagai anak, doakanlah mereka setiap kali selepas solat dan rajin sedekahkan surah Al-Fatihah kepada mereka setiap hari serta berbaktilah kepada mereka.

Dato’ Dr.Fazilah Kamsah pernah berkata: 
       “setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu tidak kira yang masih hidup atau   pun yang telah tiada nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu”

Hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya”. (Riwayat al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailam)


Masa saya bersiar-siar di wall facebook hari tu, saya de terbaca satu post yang berkaitan dengan ibu bapa. Erm, bila baca sampai separuh je tetibe air mata terus tak henti-henti mengalir bak air sungai. Erm, serius..ayat-ayat dalam tu memang sangat menusuk kalbu.. Terus saya bermuhasabah diri akan segala kesahan dan dosa-dosa yang telah saya lakukan kepada mereka sepanjang saya berusia 22 tahun ni..

Post tersbut ialah mengenai segala pengharapan ibu bapa yang tidak terucap: Dengar tajuk je pun dah rasa sedih dan syahdu kan?..kalau kome x terasa, tak tau la plak..ibu bapa/ ornag tua banyak memendam perasaan dan sangat sensitif. Tapi, apa yang mereka TERASA terhadap anak-anak, mereka tak kan sesekali cakap depan- depan kita..setuju x?..Jadi, kita sebagai anak haruslah banyak bersabar. Tak ape kalau kita pernah membuat silap pada mereka, sebab sifat manusia itu memang begitu..tapi apa yang penting ialah langkah seterusnya iaitu cepat-cepat meminta maaf kepada mereka DAN bertaubat x kan mengulanginya lagi.

erm, bila dah tau segala pengharapan ibu bapa ni, peh-peh ni kita sebagai anak haruslah ALERT dan berusaha berbakti kepada mereka sebaik mungkin..


semoga kita menjadi anak yang soleh dan solehah dan anak yang berbakti kepada orang tuanya


Monday 5 November 2012

Jodoh, Jodoh

Bismillahirrahmanirrahim,..Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah diberi masa yang lapang dan kekuatan motor halus untuk menaip di sini..Yeah, mentang-mentang dah start cuti akhir semester...[Sayonara semester 6!]

Sedar tak sedar, umur kita semakin meningkat..Em, semakin meningkat umur semakin dekat 
kita untuk kembali kepada Allah. Syukur Alhamdulillah, pada hari ini, saat ini, detik ini kita
masih diberi peluang selama 22 tahun (kalau anda lahir pada tahun 1990 la..) untuk 
merasa kenikamatan hidup di atas bumi ciptaan Allah. Dan Allah tidak menciptakan kita 
saja-saja tanpa tujuan.. Sebaliknya, kita!..ya kita !..yakni umat Nabi Muhammad dilantik 
sebagai khalifah di muka bumi ini..

  
Surah AlBaqarah. Ayat 021.
Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan 
kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-
orang yang) bertakwa.
 
 

                                                   SurahAdzDzariyaat. Ayat 056.
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka 
menyembah dan beribadat kepadaKu.
 
 
 
Dan kita sebagai manusia biasa juga ada fitrahnya..Ingin dicintai dan mencintai..
cuma cara dan pendekatan yang berbeza..kerana kalau nak ikut zaman sekarang ni, 
"fitrah" tu kini dah menjadi "fitnah"..Kalo nak senang faham, 
Fitrah= baik   
Fitnah=buruk/jahat..
 
Kalo kita tgk dunia sekarang ni, budak sekolah rendah pun dah pandai nak bercinta..
ewah, bukan main lagi. Budak sekolah rendah pun dah cam tu, budak sekolah menengah, 
pelajar IPTA,kolej dan sebagainya lagiii le..kan2?..tapi, kita tak boleh jugak anti sangat 
sampai kata tak nak lah kahwin plak,....em, dosa cakap cam tu!..sebab berkahwin itu adalah 
sunnah nabi..ok, kahwin tu tak salah, yang salah adalah berkapel...dan, kapel ni adalah 
haram..[bagi org yg tgh asyik bercinta, pasti akan kata gni"sape ckp kapel tu haram?..
bukti?.] tak caye, ok ni ha...Allah dah pesan siap-siap dalam nota cinta-Nya (Al-quran).

 
 
                                                          Allah berfirman :
 
" Janganlah kamu menghampiri zina . Sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."   (surah al - Isra' 17 : 32)

 
Dan...

Rasulullah SAW mengingatkan:
حبك للشئ يعمى ويصم (رواه أحمد) 
“Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli." 
(Riwayat Ahmad).
 
 
 Hmm, patut la orang kata CINTA ITU BUTA.
 
Kenapa kita perlu berkahwin?..
 
 Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa yang mencintai fitrahku, maka hendaknya ia mengikuti sunnahku dan 
di antara sunnahku adalah menikah.” (Makarimul Akhlaq: 196)
 
 Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa yang menikah, ia telah menjaga separuh agamanya. Maka takutlah
 kepada Allah dalam separuh sisanya.” (Makarimul Akhlaq: 196)
 
 Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa yang ingin menjumpai Allah dalam keadaan suci dan disucikan, maka 
hendaknya ia menjumpai-Nya dengan isteri yang sholehah.” (Makarimul Akhlaq: 197)
 (yang ni rasa macam lebih ditujukan tuk perempuan, hehe..)
  
 
 see?..banyak kan kebaikan kalau kite bernikah/berkahwin instead of berkapel...
hmm,ok..x nak komen lebih-lebih pasal ni sebab nanti orang kata desperate plak..haha..


Doodle Time:--------->
 
nampak cantik kan kalau setiap kali hari raya sedondon?..;)

jodoh itu adalah cerminan diri sendiri..;)

lelaki pakai spek nampak matang kan?..ye x?..:)

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Friday 2 November 2012

Mati itu Suatu Kepastian


Bismillahirrahmanirrahim,..Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Salam Peperiksaan buat semua mahasiswa-mahasiswi IPG..Semoga kita semua dipermudahkan dalam menjawab soalan-soalan.

Ada sesuatu yang saya nak share bersama.. Ayat-ayat ini benar-benar menarik 110% perhatian saya untuk terus mengamati dan memahami maksud bait-bait yang ditulis. Memang sangat bermakna!Serius.

 "Aku mencintai 3 perkara yang tidak disukai manusia, iaitu MISKIN, SAKIT, dan MATI. Miskin mengajar aku merendah diri, sakit kafarah kepada dosaku, dan mati membawaku berjumpa dengan Allah."- Abu Darda-

Masyallah, sangat mendalam kan2?.. Ye, benar sama sekali kata-kata tersebut. 2M 1S (Mati, Miskin, Sakit)..*formula nak bagi mudah ingat...hehe..*

Hidup ni pasti akan berdepan dengan masalah. Manusia sifatnya memang tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada.. Apa-apa sahaja yang tak lancar dalam hidup pasti akan membuatkan kita rasa kusut dan cepat melenting, ermm selagi masalah tak selesai selagi tu jugalah kerutan tak pernah hilang di wajah kita..hehe..

MISKIN:-
*Sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada... mungkin juga kita boleh berusaha jika inginkan tambahnya rezeki dalam hidup kite yakni dengan menunaikan Solat Dhuha.(jom pehni berazam istiqamah dalam menunaikannya, ok?)
* Amalkanlah bersedekah... Kerana insyallah walau dengan rezeki yang sedikit tapi jika kite niat ikhlas untuk bersedekah, nescaya Allah akan melipatgandakannya. Insyallah.

"Siapa yang tidak pernah cukup dengan yang sedikit, pasti tidak akan puas dengan yang banyak"

Dan, saya sangat suka akan kata-kata ini.."Memberilah dengan sebanyak-banyaknya, bukan dengan menerima sebanyak-banyaknya.."-Filem Laskar Pelangi-


SAKIT:-
*Erm, ada ke orang yang suka sakit?..banyak kerja tergendala  kalau badan tak sihat ni..itu tak boleh buat, ini tak boleh buat..tapi, percayalah!. Kesakitan yang kita alami tu adalah tanda Allah sayang kita. Dia nak hapuskan dosa-dosa kita...Beruntung kan2?..Ya Allah, Kamu benar-benar sangat Pemurah.
* Perasan tak, bila kita dalam kesakitan pasti kita akan lebih mengingati Allah. Padahal, seharusnya kita perlu mengingati Allah setiap masa. baik senang baik susah..cuba anggap hari esok adalah hari terakhir kita di dunia. Pasti kita akan berebut-rebut membuat kebajikan untuk bekalan kita di akhirat.Kan2?..

Mutiara Kata:
"Jika kita mengingati Allah pada waktu senang, Allah akan mengingati kita pada waktu susah"..


Last but not least,

MATI:-
*Ujian inilah yang saya kira berat sekali untuk kita semua terima... setuju tak?..sebab apa?..sebab kita tak kan dapat berjumpa dan menatap wajah orang-orang yang kita sayang buat selama-lamanya. Hanya doa dan sedekah Al-Fatihah sahaja yang mampu kita berikan untuk mereka.
* Hidup ini adalah pilihan. Sama ada kita memilih syurga atau neraka sebagai kediaman  kita apabila di akhirat kelak, kita yang tentukan.

Apabila ditimpa musibah sebutlah,rajin2lah menyebut kalimah:

                                                                      إنّا لله وإنّا إليه راجعون
"sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali".  -Al-Baqoroh ayat 156 -


 Jom hayati sekali lagi pesanan Abu Darda ini dalam versi doodle pula:- 

Aku mencintai 3 perkara yang tidak disukai manusia, iaitu........

        

 
*harap kita dapat mendoakan ibu saya cepat sembuh..erm, ujian tuk saya di musim exam.

* tolong sedekahkan juga Al-Fatihah kepada arwah ayah angkat saya yg baru meningal semalam


p/s: Oh, rajinnya saya mengupdate status kebelakangan hari ini. Bagus sekali jika semangat seperti ini dicurahkan dalam mengulangkaji pelajaran.Hmm~

One Step Forward


Bismillahirrahmanirrahim..Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Salam semua,:~
Weeww, syukur Alhamdulillah terlaksana jua apa yang dikatakan niat untuk mencuba sesuatu yang baharu dalam hidup ni..ok, ejaan yg betul sebenonye ialah baharu, not baru..nak tau kenapa?..ye,sila cari sendiri.Anda mampu mengubahnya!!

tip:-kalo nak jawapan teliti n mendalam, rujuk bebudak yang amik major BM kat maktab..:)

Dalam hidup ni, mesti kita semua nak menjadi lebih baik dan terbaik. Betul tak?..Maka dengan ini, kita x bleh setakat bercakap je, sebaliknya harus disusuli dengan TINDAKAN!!..

Mesti ramai yang tertanya-tanya, dalam banyak-banyak perkara yang boleh dibuat kenapa saya harus memilih jalan ini kn2?..(ok fine, kalo x tertanya2 pn xpe)..haha..

Faktor utama saya memilih untuk berblog:

1.  Ya, inilah yang dinamakan sebagai kaedah pembelajaran berbentuk Eksplorasi/ Penerokaan maklumat!..hahaha..Saya sedang mengaplikasikannya!..yeahh..(masa mula2 buat akaun blog ni, jenuh gak nk faham..mcm ne nak post n segala bagai...ok, xyah nak gelak sngt...saya adalah budak baru belajar...=.=..tp,..Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan.)

Firman Allah S.WT:
"Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.." -surah Muhammad, ayat 7-


2. Bukan untuk mendapatkan publisiti dan salah satu tektik mempopularkan diri. TIDAK SAMA SEKALI.. Dengan berblog, saya harap kita dapat bersama-sama berkongsi ilmu.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W. 
“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna , doa anak – anak yang soleh”

p/s: see??..nampak tak kelebihan di situ?..;)

3. Tempat saya meluangkan masa senggang dan cuti saya..Daripada tidak berbuat ape2, saya kira mencoret di blog adalah lebih baik..ye dak??..haha..Dapat juga memperbaiki dan mengembangkan ilmu penulisan yang memang dah lama berkarat. ...Allah PASTI tidak suka pada hamba-Nya yang membazir masa pada perkara yang sia-sia, kn2?..

Sekian dahulu dari saya. Takyah la post panjang-panjang, setakat tuk warm-up tangan ni cukup la..hewhehew..Wassalam.:)

Ok, full marks 6/6 in your hands. Sangat bagus!!..Isi, huraian, contoh sume ada..:)