Saturday 5 January 2013

Perginya Seorang Ratu Hidupku

Salam to all readers..

Agak lama dah tak menjengah blog ni..mungkin bersawang dah..sepanjang cuti semester yang lepas, terlalu sibuk dan tiada masa nak mencoret-coret..

First of all, sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ibu saya, Jamiah@Rodziah Bt Mohd Ali yang telah kembali ke rahmatullah disebabkan jangkitan kuman di tempat hemodialisisnya. Tarikh 16 Disember 2012, jam 5.35 pagi doktor mengesahkan yang ibu saya telah pergi buat selama-lamanya.Erm, agak-agak boleh bayangkan tak ape perasaan bila kita diberitahu telah kehilangan ibu tersayang secara tiba-tiba..selalunya tengok dalam tv @ orang lain yang meninggal, kini saya menghadapinya.

4 Disember 2012 - Pagi itu jam 6.00 pagi, seperti biasa van MB Star datang menjemput ibu di rumah kerana beliau sepatutnya membuat hemodialisis. Namun, ibu saya sudah tidak boleh bergerak dan pihak mereka meminta kami menghantarnya ke hospital kerana ibu didapati demam. Selepas beberapa jam berada di wad kecemasan, ibu pun dimasukkan ke wad 4B Hospital Teluk Intan.

4 Disember 2012- 16 Disember 2012
Sepanjang tempoh ini saya dan ibu berada di hospital. saya menunggu ibu saban hari di hospital dan setiap hari mendoakan kesihatan ibu. memandangkan ibu mengalami strok, jadi saya perlu berada di samping ibu setiap masa untuk menguruskan keperluan ibu. Menyuapkan makan, memberi ibu makan, memandikan ibu dan sebagainya. setiap hari juga saya akan menangis apabila melihat keadaan ibu. Saya turut kesian melihat segala penderitaan yang ibu hadapi selama di hospital. terlalu banyak suntikan dan kesakitan yang dialaminya..setiap pagi juga saya akan membuat senaman untuk ibu dengan menggerak-gerakkan anggotan tangan, kaki, kepalanya agar dia tidak terasa terlalu lenguh dan sebagai terapi untuknya. Apa yang membuatkan saya terasa tersentuh ialah apabila saya bertanya kepadanya.."mak, sakit tak kalau adik angkat tangan mak macam ni?"..ibu menjawab:''biarla walaupun sakit dik.."saat ini, saya rasa ibu sudah tidak kisah akan segala kesakitan yang terpaksa dia alami.

Setiap hari keadaan ibu semakin teruk. Suara ibu yang pada mulanya sangat jelas di pendengaran saya mulai semakin kabur dan antara dengar dan tidak dengar. setiap kali saya meminta izin kepada ibu ingin solat di surau, ibu akan menjawab "jangan pergi lama-lama, dik."setiap kali saya mendengarkan ayat itu, hati saya selalu berasa tidak sedap dan tenteram. saya takut sekali ibu pergi saat  saya tiada di sisinya. setiap kali selepas solat saya akan membacakan yasin untuknya dan sering memanjatkan doa agar ibu diberi kesembuhan.

15 Dis 2012- saya meminta kebenaran ibu untuk pulang ke rumah kerana kawan sekelas akan berkahwin. saya berganti dengan ibu angkat untuk menjaga ibu dan berjanji petang itu akan menjaga ibu semula. Kalaulah saya tahu ibu akan pergi, saya tidak akan ke mana-mana dan akan sentiasa di samping ibu. Perasaan bersalah mula menerjah ke ruangan hati. namun begitu, abang-abang semuanya balik pada hari itu. jadi, ibu tidak kesunyian sangat kerana ada mereka menemani ibu. Cuma, kakak yang berada di Jeddah sahaja belum sampai kerana flightnya pada malamnya itu. (saya yakin kakak la orang yang paling sedih antara kami adik-beradik kerana tidak sempat bertemu mak) Jam 4.00 petang, ibu dibawa ke tingkat 2B untuk menjalani hemodialisis selama 4 jam. rawatan itu berakhir pada jam 8.00 malam. pada hari itu, abang-abang melayan ibu sepenuhnya. segala keinginan ibu ditunaikan. saya yakin ibu bahagia saat ini kerana semua anak lelakinya pulang dan berada di sisnya. pada pukul 10.00 malam, masing-masing pulang ke hotel untuk berehat. saya kembali berduaan sahaja dengan ibu di bilik hospital kerana waris perempuan sahaja yang dibenarkan menunggu. dan..ibu saya hanya memiliki 2 orang sahaja anak perempuan..(saya & kakak)sebelum tidur, saya sempat menyuapnya makanan dan ubat serta  memberinya minum air. 

16 Dis 2012 - Pada jam 3.30 pagi, doktor masuk ke bilik ibu untuk mengambil darah. pada masa itu, hayat ibu masih ada. ibu seperti biasa pasrah dan redha akan segala kesakitan yang perlu dialami untuk mengambil darah. setelah doktor keluar, saya mula mengambil wuduk dan alhamdulillah sempat menunaikan solat hajat dan membaca doa untuk kesembuhan ibu. setelah itu, saya pun tidur kerana jam 5.00 pagi nanti perlu bangun semula untuk memandikan ibu. Syukur kerana ibu ditempatkan di dalam bilik jadi saya tidak perlu ke surau lagi untuk solat dan ibu tidak akan sesekali ditinggalkan bersendirian tanpa saya. Nurse masuk ke bilik ibu pada jam 5.00 pagi untuk mengambil tekanan darah ibu. Dia memanggil-manggil nama ibu tetapi....ibu tidak menyahut. Mata ibu terpejam rapat. saya bingkas bangun daripada tidur dan turut memanggil-manggil ibu.."mak, mak...bangun mak.."sabil menggoyang-goyangkan badan ibu.tapi mata ibu tetap tidak celik. Saya mulai berasa takut dan berdebar. saya melihat tapak tangannya.Pucat. saya berasa sangat takut akan apa yang mula bermain di minda. rasa tak percaya. saat ini hati saya asyik berkata "jangan tinggalkan adik, mak..."saya diminta tunggu di luar kerana doktor sedang berusaha menyelamatkan ibu. seorang demi seorang doktor masuk ke bilik ibu. saya sangat berharap ibu cepat sedar sahaja. abang-abang sudah dihubungi dan minta mereka datang ke hospital dengan segera. saya tidak cukup kuat untuk berada di situ keseorangan. Tepat jam 5.35pagi, doktor mengesahkan yang ibu telah tiada. saya menangis semahu-mahunya kerana saya tidak sempat meminta maaf akan segala dosa yang pernah saya lakukan terhadapnya. "Maafkan adik, mak....."adik tak jaga mak dengan baik sepanjang mak kat hospital.."

Saya dan abang amer menaiki van jenazah bersama pulang ke rumah. Abah dan Abang-abang yang lain pulang dahulu untuk menyediakan kelengkapan pengurusan jenazah di rumah. apa yang saya mampu lakukan pada waktu itu hanyalah menangis, menangis dan menangis.. Ibu meninggal di saat saya masih perlukan ibu...sesampai je di rumah, jiran-jiran sudah memenuhi rumah. masing-masing mengucapkan takziah. handphone pun tidak putus2 menerima mesej masuk ucapan takziah daripada kawan-kawan. Maaf jika ada yang saya tidak terbalas. saya sentiasa ada bersama arwah ibu saat dimandikan, dikapankan, disembahyangkan dan sehinggalah ke kubur. apa yang pasti saya tidak berhenti-henti menangis. mata pun dah mulai sakit dan bengkak. setelah selesai semuanya, kami semua pulang ke rumah dan bersedia untuk majlis tahlil 3 malam berturut-turut.

Kini 21 hari telah berlalu, dan saya masih bersedih. setiap kali melihat gambar emak, air mata akan mulai menitis. setiap malam sering teringat saat-saat menjaganya di hospital. saya membacakan yasin setiap malam agar roh emak tenang di sana. saya mungkin tidak memberikan yang terbaik semasa ada hayatnya, tapi saya akan berusaha dan membuatkan arwah ibu rasa tidak menyesal melahirkan saya. Ye,.DOA daripada anak-anak. kalaupun kita tak mampu nak bahagiakan ibu semasa dia hidup, masih ada peluang dan ruang untuk kita menebusnya..Ampunkan segala dosa ibuku dan tempatkanlah dia dalam kalangan orang yang beriman.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W.
“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”

Kini, semester baru telah pun bermula dan tahun ini juga merupakan final year sebagai student IPG KBM.. saya berharap segalanya berjalan lancar seterusnya merealisasikan segala impian arwah emak yang ingin melihat saya berjaya. Amiin.





No comments:

Post a Comment