Sunday 6 January 2013

Untungnya HAWA

Salam to all readers..

Jam menunjukkan 11.10pm, saya menaip entry ini semula kerana dah terdelete plak tadi..tension!.wahai hati, sabarlah..Saat semua orang sedang melihat AJL, saya duduk di meja kecil dan meluahkan idea dan perasaan di sini.

Sejak pemergian ibu, semakin banyak saya membuat research dan pembacaan mengenai tanda-tanda kematian. Rasa kecewa dan terkilan masih manjalar-jalar di sudut hati kecil ini kerana tak alert pun tentang tanda2 kematian mak walaupun setiap detik dan waktu saya bersamanya. Boleh bayangkan tak?..Arwah ibu pergi ketika saya sedang enak tidur diulit mimpi sedangkan dia sedang bergelut dengan kematian.."Maafkan adik, mak"...Serius rasa sangat menyesal kerana tidak menjaga ibu sehabis baik ketika hayatnya masih ada...betullah kata orang, kita akan lebih menghargai setelah kehilangan..Ketentuan Allah ni, saya yakin ada hikmah semua ni..Pemergian ibu memberi 1000 keinsafan kepada saya dan lebih menyedarkan diri saya akan hari kematian..Mungkin, dah tiba masanya saya juga bersiap-sedia...kerana ajal maut semua di tangan Tuhan.

Ok, Hawa?..Bukan nak bercerita mengenai orang yang bernama Hawa, sebaliknya nak bercerita mengenai kaum HAWA, tetapi dalam erti kata lain ialah kaum Perempuan. Ya, kita!!.Saya!.Anda!..Kenapa saya kata perempuan untung?..sebab....bila kat hospital kerajaan, waris perempuan sahaja yang dibenarkan menunggu dan menjaga bila malam..Cuba anda fikirkan sejenak,andai kata....mak/ayah anda sakit teruk dan takde plak anak perempuan, sape nak jaga diorang kat hospital?..sapa nak tunggu bila malam?..sapa nak suapkan mereka makan@ minum?..nak harapkan nurse, kadang-kadang diorang tak terlayan pun..asyik sibuk dengan kerje dia je. (serius, pengalaman sebenar ni.salu sangat tengok masa menjaga arwah ibu kat hospital) Kesian tak?..
p/s; pihak hospital kerjaan tolong pertimbangkan hal ini..;)

Mudah bagi perempuan untuk masuk syurga..

Bagi isteri hanya 4 syarat untuk mereka ke syurga “Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

SOLAT, PUASA, JAGA KEHORMATAN, TAATI SUAMI----->SYURGA
Senang kan?..Tapi banyak antara kita yang tidak sedar dan buat-buat tidak sedar..Perempuan tidak perlu keluar berjihad atau berperang, cukup sekadar mengerjakan haji atau umrah bagi yang cukup syaratnya. 

Daripada Aishah r.a. katanya, aku berkata, “Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?” Baginda terus menjawab: “Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur.

Rasulullah SAW bersabda: ” Jihad orang yang tua, lemah dan wanita ialah menunaikan haji” (an-Nasa’i)”
Pernah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya.”

Namun perempuan lebih ramai di neraka..KENAPA EH?

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.”

Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.

Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “Rasulullah s.a.w bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”

Mengutuk dan mengingkari suami?..Yap, memang tak dinafikan yang perempuan ni cepat bab2 mengata ni..Nak-nak pulak kalau duduk berkelompok, makin ligat bercerita..Benda baik memang susah sangat nak ikut berbanding benda jahat. ye kan?..dah terhantuk barulah nak tergadah bak kata orang tua-tua.(peringatan untuk diri sendiri jugak sebenarnya ni) Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan dalam mencari syurga Allah..Amiin ya rabbal alamin.

 "Mujahadah itu pahit kerana syurga itu indah.". kenalah bersusah-susah dahulu kalau nak bersenang-lenang kemudian..ye tak?..;)

Ok, jom berdoodle. Kita revise balik syarat-syarat perempuan nak masuk syurga, dahtu siap boleh pilih pintu syurga mana yang dia nak plak tu..Untung sangat kan?..TQ Allah..;)

 1.Solat 5 waktu
2. Puasa di bulan Ramadhan
3. Jaga kehormatan
4. Taati suami

ampunkanlah segala dosa ibuku dan tempatkan dia dalam kalangan orang beriman...amiin

kalau boleh, perbanyakkan pula puasa sunat..;)

kita membawa maruah diri, maruah ISLAM, dan maruah ibu bapa ke mana2..jaga sebaik mungkin.

err, yang ni je tak leh tunaikan lagi..bg yg dh kawin tu, syurga anda kini di bawah tapak suami..;)

Ok, jom tidur..kene tidur awal sebab esok ada perhimpunan pagi..Nite, salam...oh ye2, saya sangat2 menyarankan anda menonton cerita yang bertajuk "100 Hari Sebelum Kematian"..taip je kt utube tu..sangat memberi keinsafan kepada penonton dan berguna untuk kita yang masih hidup ni..



No comments:

Post a Comment