Thursday 8 November 2012

Engkaulah Ratu Hatiku

Bismillahirrahmanirrahim,..Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, alhamdulillah syukur kpd Allah kerana mengurniakan sedikit masa lapang dan kesihatan tubuh badan untuk mencoret.


Macam mane dengan cuti anda semua?..dah rancang sebaiknya nak buat ape?..mungkin ramai yang akan bekerja, belajar memasak, menjahit, melancong dan sebagainya time cuti2 ni kan.. Bagi saya pulak, cuti ni akan dihabiskan di rumah saja sambil menjaga emak yang kurang sihat.. Ya Allah, sembuhkanlah penyakit ibuku..Kadang-kadang saya selalu terfikir biarlah saya je yangmennaggung segala kesakitan emak. tapi saya yakin, Allah adalah sebaik-baik perancang. lagipun ingat tak entry saya yang lepas iaitu;

"Sakit adalah kafarah kepada segala dosa-dosa."..mungkin Allah nak beri sesuatu yang lebih baik kepada mak.. dan saya harus yakin bahawa segala yang berlaku ada hikmahnya.

Cuma, satu je yang saya pinta iaitu panjangkalah umur emak dan abah sebab berilah saya peluang pula untuk membalas jasa mereka..Saya nak mereka lihat saya berjaya menjadi seorang GURU dan menjadi pendorong di sebalik setiap kejayaan saya...dan sebenarnya, macam-macam yang saya dah rancang jika saya dah bekerja kelak...(erm, lambatnye nak graduate ni)

- nak ajak mereka tinggal bersama
-nak membalas segala jasa mereka
-nak menjaga mereka
- dan sebagainya

Baiklah, kali ni saya nak share bersama mengenai  kisah orang tua kite yakni ibu/ mak/ umi/ mama dan abah/ayah/papa/abi dan yang seangkatan dengannya. Saya berasa sangat bersyukur kerana mak dan abah  masih hidup. Takziah diucapkan andai kata ada di antara rakan-rakan yang sedang membaca entry ini telah kehilangan salah seorang @ kedua-dua orang tua.

Bagi saya, ujian yang paling berat dalam hidup ini adalah KEMATIAN...nak nak pula kalau yang meninggal dunia itu adalah ahli keluarga atau seseorang yg sangat kite sayangi...Maka, sayangilah sementara mereka berdua masih hidup..Tugas kita sebagai anak, doakanlah mereka setiap kali selepas solat dan rajin sedekahkan surah Al-Fatihah kepada mereka setiap hari serta berbaktilah kepada mereka.

Dato’ Dr.Fazilah Kamsah pernah berkata: 
       “setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu tidak kira yang masih hidup atau   pun yang telah tiada nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu”

Hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya”. (Riwayat al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailam)


Masa saya bersiar-siar di wall facebook hari tu, saya de terbaca satu post yang berkaitan dengan ibu bapa. Erm, bila baca sampai separuh je tetibe air mata terus tak henti-henti mengalir bak air sungai. Erm, serius..ayat-ayat dalam tu memang sangat menusuk kalbu.. Terus saya bermuhasabah diri akan segala kesahan dan dosa-dosa yang telah saya lakukan kepada mereka sepanjang saya berusia 22 tahun ni..

Post tersbut ialah mengenai segala pengharapan ibu bapa yang tidak terucap: Dengar tajuk je pun dah rasa sedih dan syahdu kan?..kalau kome x terasa, tak tau la plak..ibu bapa/ ornag tua banyak memendam perasaan dan sangat sensitif. Tapi, apa yang mereka TERASA terhadap anak-anak, mereka tak kan sesekali cakap depan- depan kita..setuju x?..Jadi, kita sebagai anak haruslah banyak bersabar. Tak ape kalau kita pernah membuat silap pada mereka, sebab sifat manusia itu memang begitu..tapi apa yang penting ialah langkah seterusnya iaitu cepat-cepat meminta maaf kepada mereka DAN bertaubat x kan mengulanginya lagi.

erm, bila dah tau segala pengharapan ibu bapa ni, peh-peh ni kita sebagai anak haruslah ALERT dan berusaha berbakti kepada mereka sebaik mungkin..


semoga kita menjadi anak yang soleh dan solehah dan anak yang berbakti kepada orang tuanya


No comments:

Post a Comment